Tuesday, May 6, 2014

Aziz Sattar Meninggal Dunia


Pelakon veteran yang terkenal dengan watak Ajis dalam filem Bujang Lapok menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pukul 2 pagi tadi di Hospital Kajang, pada usia 89 Tahun. walaupun off-topic, tetapi marilah kita memberikan penghormatan terakhir kepada beliau sebagai salah seorang ikon yang pernah mewarnakan bidang seni tanah air dengan bakat lakonan yang ceria dan menyenangkan hati ramai orang, tidak mengira umur, bangsa dan agama.

Al-Fatihah buat Allahyarham Aziz Sattar. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang beriman dan diredhai Allah, InshaAllah.

petikan  artikel :  Berita Harian

"Ayah dimasukkan ke hospital sejak kelmarin selepas diserang penyakit jantung. 


Kami sekeluarga sedang menguruskan jenazah yang akan dibawa pulang ke rumah di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, sebaik dibenarkan pihak hospital," katanya ketika dihubungi BH Online sebentar tadi. 

Sandakiah berkata, pihaknya juga sedang menguruskan pengebumian ayahnya yang dijangka dilakukan pagi ini. 

Gandingan Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Pak Ajis bersama Seniman Negara, Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Allahyarham S Shamsuddin sebagai trio Bujang Lapuk menjadi antara watak ikonik dalam dunia senimatik Melayu sejak era 1950an.

sumber : Berita Harian Online 

No comments:

Post a Comment